Kekuatan luar biasa Tentera islam

Tentera dan kabilah di Pakistan menembak jatuh sebuah pesawat tanpa juruterbang milik tentera Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Afghanistan.

Jika laporan tiga pegawai perisikan itu disahkan, insiden tersebut dipercayai kali pertama sebuah pesawat tanpa juruterbang AS ditembak jatuh di ruang udara Pakistan.

Kejadian itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dengan Islamabad berhubung tindakan komando AS dari Afghanistan menceroboh ke kawasan kabilah-kabilah di negara ini untuk memburu gerila Al-Qaeda dan Taliban.

Tiga pegawai Pakistan itu berkata, pesawat tersebut ditembak jatuh di kampung Jalal Khel, wilayah Waziristan Selatan malam tadi selepas berlegar-legar di ruang udara selama beberapa jam.

Serpihan pesawat tersebut bertaburan di tanah, kata mereka.

Seorang pegawai kanan AS, bagaimanapun mempertikaikan laporan itu.

"Kami tidak ada maklumat mengenai pesawat tanpa juruterbang terhempas," katanya.

Laporan itu disiarkan sehari selepas pegawai perisikan mendedahkan, dua helikopter AS memasuki ruang udara Pakistan sejauh lebih satu kilometer dari sempadan di Waziristan Utara malam kelmarin.

Helikopter penggempur itu berpatah balik selepas askar dan anggota kabilah di Pakistan melepaskan tembakan.

Pentagon menafikan helikopter AS mencerobohi ruang udara Pakistan.

AS diketahui mengendalikan pesawat tanpa juruterbang di Afghanistan untuk menjalankan pengintipan terhadap tempat persembunyian militan di Pakistan dan sesekali melancarkan serangan peluru berpandu ke kawasan itu.

Comments :

0 comments to “Kekuatan luar biasa Tentera islam”