Kekuatan luar biasa Tentera islam

Tentera dan kabilah di Pakistan menembak jatuh sebuah pesawat tanpa juruterbang milik tentera Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Afghanistan.

Jika laporan tiga pegawai perisikan itu disahkan, insiden tersebut dipercayai kali pertama sebuah pesawat tanpa juruterbang AS ditembak jatuh di ruang udara Pakistan.

Kejadian itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dengan Islamabad berhubung tindakan komando AS dari Afghanistan menceroboh ke kawasan kabilah-kabilah di negara ini untuk memburu gerila Al-Qaeda dan Taliban.

Tiga pegawai Pakistan itu berkata, pesawat tersebut ditembak jatuh di kampung Jalal Khel, wilayah Waziristan Selatan malam tadi selepas berlegar-legar di ruang udara selama beberapa jam.

Serpihan pesawat tersebut bertaburan di tanah, kata mereka.

Seorang pegawai kanan AS, bagaimanapun mempertikaikan laporan itu.

"Kami tidak ada maklumat mengenai pesawat tanpa juruterbang terhempas," katanya.

Laporan itu disiarkan sehari selepas pegawai perisikan mendedahkan, dua helikopter AS memasuki ruang udara Pakistan sejauh lebih satu kilometer dari sempadan di Waziristan Utara malam kelmarin.

Helikopter penggempur itu berpatah balik selepas askar dan anggota kabilah di Pakistan melepaskan tembakan.

Pentagon menafikan helikopter AS mencerobohi ruang udara Pakistan.

AS diketahui mengendalikan pesawat tanpa juruterbang di Afghanistan untuk menjalankan pengintipan terhadap tempat persembunyian militan di Pakistan dan sesekali melancarkan serangan peluru berpandu ke kawasan itu.

Kesucian yang di jaga

Duhai adik yang suci.....

Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata.

Duhai adik gadis yang suci....

jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru.

Duhai adik yang suci

Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih besar mampu mengubah manusia itu mencari hamba kepada keinginan seks semata. Kamu merasa nikmat semasa melakukan perbuata itu, tetapi kamu akan terasa satu beban hingga akhir hayat kamu..

Duhai adik yang suci...

Sekiranya kamu sudah terjerumus kedalam perzinaan, sesungguhnya tempat ALLAH itu maha luas bagi mereka yang ingin bertaubat. Ingatlah adik....nikmat kamu hanya sementara sahaja. Dan bagi lelaki yang menggunakan kamu, mereka hanya berminat semasa kamu masih segar dan puas digunakan. Selepas itu, mereka akan membuang kamu seperti sampah yang tidak lagi boleh dijual beli......

Duhai adik yang suci....

Ingatlah....kesucian itu bukan atas dara kamu semata. Sekiranya adik merasa bersalah dan ingin bertaubat, dan bersungguh dalam bertaubat...itu lah permulaaan penyucian diri semata. Ingatlah kisah seorang pelacur yang dapat masuk syurga hanya kerana taubatnya kepada ALLAH setelah kisahnya bersama seekor anjing...Itulah ALLAH. Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang....sekiranya kamu sudah melakukan dosa, ingatlah akan dosa kamu dan memohon ampun kepada ALLAH. Sesunggunya ALLAH maha mendengar akan taubat hambanya....

Duhai adik yang suci....

Kalau adik rasa ape yang adik lakukan itu satu kebiasaan, maka ingatlah apabila adik mempunyai seorang anak perawan, mahukah adik melihat anak perawan adik di jamah tubuhnya oleh lelaki yang bukan suaminya. Dan dari lelaki ke satu lelaki yang lain....seperti keseronokan sementara yang adik lalui, dia juga merasainya...dan waktu itukah adik akan berkata, jangan buat! sedangkan setiap kali adik melakukan perkara itu, adik tidak pernah menegah diri degan berkata , janga buat!....

Mudahan adik dapat berfikir...dan berfikir....kita adalah manusia...hidup hanyalah untuk lebih kurang 65 tahun sahaja...selepas itu kita akan bertemu Rabbul Izzati....Ingat la adik...kami semua menyayangi kamu dan harap kamu dapat menyayangi diri kamu sendiri...

Selamat Datang ke Laman Nazrah-Muslim

Assalamualaikum

Nazrah bukan lah sebuah nama, bukan la seorang gadis, tetapi ia bermaksud pandangan atau pendapat. pendapat seorang Muslim tentang perkembangan dunia islam khususnya di dalam blog saya ini.

Sekian